Haleeda - Setia kasih

Sekali air sungai melimpah
Sekali pasirnya pun berubah
Itulah falsafah yang menjadi ikutan
Dan juga bualan

Tapi bagiku pula berbeza
Sungai mengalir tetap berliku
Yang berubah cuma adalah pasir saja
Penghujungnya muara

Hati ingin berbicara
Hati ingin merasai nikmat cinta
Yang sering diperkata
Tetapi sebaliknya
Tiada Terlaksana

Dahan yang patah tiada bersambung lagi
Hatiku pasrah dalam mencari mimpi
Getar hatiku serta kepayahanku
Hanya kau saja sudi memahaminya


Setiaku kini hanya satu
Dan kasihku bukanlah beribu
Biar bercerai badan jasad atau pun nyawa
Aku tetap setia

Hati ingin berbicara
Hati ingin merasai nikmat cinta
Yang sering diperkata
Tetapi sebaliknya
Tiada Terlaksana

Dahan yang patah tiada bersambung lagi
Hatiku pasrah dalam mencari mimpi
Getar hatiku serta kepayahanku
Hanya kau saja sudi memahaminya

Setiaku kini hanya satu
Dan kasihku bukanlah beribu
Biar bercerai badan jasad atau pun nyawa
Aku tetap setia
Biar bercerai badan jasad atau pun nyawa
Aku tetap setia padamu

Lyrics licensed by LyricFind